...Quoted conversation...
Charlene Dawn: eiii
Charlene Dawn: gambar ko
Charlene Dawn: makirayou
Charlene Dawn: sama parents *giggles*
Fabian Philip: yer..yer...timer kaseh
Fabian Philip: jan jeles
Charlene Dawn: hehe
Charlene Dawn: nda
Charlene Dawn: cuba ko tgk display pic kita
Charlene Dawn: 3 x 3
Charlene Dawn: 9
Charlene Dawn: hahahahhaa
Fabian Philip: eeee
Fabian Philip: ngam lah
Fabian Philip: sebaris lagi kan?
Charlene Dawn: ya bah
Charlene Dawn: hahahaha
Lihatlah gambar di atas yang telah menjadi gambar display bagi YM kami. Sangat selari, sejajar, sebaris dan yang sewaktu dengannya. Akan tetapi jika diamati dgn pandangan mata kasar hatta pandangan mata halus sekalipun. Baik dengan menggunakkan kanta lekap mahupun cermin mata gelap, masih terbukti bahawa gambar 3 dara pingitan a.k.a powerpuff girls itu lebih cantik, anggun & bergaya berbanding gambar 3 teruna yang kononnya macho tetapi hancur *ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Fabian kerana telah membantu saya dengan mencadangkan penggunaan perkataan teruna macho tapi hancur!* Muahaha.. ambik ko!
Sebelum saya mengakhiri entry saya pada hari ini, terlebih dahulu saya ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung jari kaki sekiranya terdapat perkataan-perkataan mahupun ayat dalam entry saya ini, yang menyinggung perasaan, hati, pankreas mahupun hempedu mana-mana pihak. Sesungguhnya, buku panduan telefon tidak diperlukan sebagai panduan ketika memandu. Sekian terima kasih~
No comments:
Post a Comment